Welcome to fitrakidsstudio.com

Maklumat Terkini

Program bersama ustaz kartun
Adab dan pendidikan adalah nilai tertinggi dalam hidup. Mendidik anak-anak dengan adab merupakan proses awal dalam membina iman dan memperelok akhlak. Semoga keteguhan dan kehebatan anak-anak menjadi inspirasi bagi kita semua. . Ibu ayah mahu asah bakat melukis anak-anak? Sempena cuti sekolah ini, jangan lepaskan peluang untuk hantar anak ke Bengkel Melukis Kartun bersama Ustaz Kartun. . BENGKEL MELUKIS KARTUN: Adab-Adab Islam Dalam Kehidupan Seharian Berdasarkan Al-Quran Apa yang menariknya bengkel ini?
  1.  Menghasilkan kartun sendiri dengan kemahiran yang diperolehi.
  2. Menggalakkan kreativiti.
  3. Membina idea bahan pembelajaran.
Ibu ayah yang berminat, terus klik link whatsapp di bawah ya👇

Daftar Sekarang

Bantu saya kongsi tentang bengkel ini dengan rakan-rakan yang lain. Terima kasih.

Objektif

Apa istimewanya Fitra Kids Studio?

🌈Team #fitrakisstudio mengaplikasi Teknik Mendorong Tingkah Laku Positif bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Kanak-kanak tidak perlu dimarahi, diugut, dileteri, disindir, ataupun dihukum. Kita mendorong tingkah laku baik-baik di kalangan anak-anak dan bersama ibu bapa memikirkan jalan meningkatkan tingkah laku positif

🌈The true essence of Islamic foundation, which is teaching manners (adab) from a very young age. Islam is a way of life, you don't need to tell the world that you're Islam because people can see from your manners (adab), solah and so on.

🌈Secara semulajadinya; kanak-kanak tidak mengenali perbezaan status, kaya, miskin, cantik, hodoh , bijak, kurang bijak dsbnya tetapi semuanya bermula dari asuhannya maka perlunya proses pembelajaran hormat menghormati agama, bangsa, budaya dan negara orang lain.

🌈Sekiranya dari awal kita telah menekankan TINGKAH LAKU POSITIF supaya mereka mengenali dan memahami erti saling HORMAT-MENGHORMATI..

VISI

Fitrakidsstudio tusyen mempunyai visi untuk membangunkan modul yang ampuh untuk mengkategorikan setiap murid supaya pembelajaran lebih sesuai dengan gaya unik mereka yang tersendiri.

MISI

Bermulanya FITRAKIDSSTUDIO tusyen dengan misi besar untuk membantu ramai pelajar dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek-subjek penting seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Math.

Fitrakidsstudio tusyen bergerak dengan tagline We are happy.We care and We love ❤️. Pelajaran lebih berfokus kerana Fitrakidsstudio adalah tuisyen dan pusat perkembangan minda yang berasaskan pelajaran seperti suasana di rumah pelajar itu sendiri. Dengan kaedah memaksimakan jumlah murid dalam kelompok yang kecil untuk setiap sesi pengajaran dan perkhidmatan akademik dan kemahiran yang disediakan. Kini, Fitrakidsstudio Tuition bertapak di Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah.

Fitrakidsstudio dalam gaya pengajaran dengan hanya fokus kepada pelajar membuat latihan dan pengukuhan terhadap pelajaran yang telah pun mereka belajar secara menyeluruh di kelas selari dengan pembelajaran abad ke – 21. Fitrakidsstudio tusyen juga sentiasa prihatin dengan menjalankan ujian diagnosis untuk menentukan tahap pelajar dalam sesuatu subjek yang dipelajari.

Kami percaya setiap murid mempunyai keunikan dan kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) yang tersendiri dalam memproses pembelajaran baik dari segi kognitif, emosi, psikomotor, fizikal dan rohani.

Testimoni

Kelebihan Pusat Tusyen dan Perkembangan Minda Fitrakidsstudio kami berbanding lain.

🌈Suasana persekitaran seperti di rumah.

🌈1 Tutor 1 Pelajar @ Kumpulan kecil

🌈Kelas offline dalam kelompok yang kecil untuk semua kelas.

🌈Kelas online adalah LIVE dan terhad untuk 1 pelajar sahaja supaya 100% perhatian dapat diberikan.

🌈Jadual Kelas Bebas

🌈Tukar Bila-Bila Masa

🌈Pengajaran Terancang

🌈Modul dan Fail Percuma

🌈Percuma Sembang Santai Isu Parenting dan Perkhidmatan Terapi Psikologi ibu bapa dan anak-anak